Wilayah Johor Riau Lingga

Selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1511 akibat penaklukan Melaka oleh Portugis, Kesultanan Johor Lama wujud pada tahun 1528 sebagai kesinambungan Kesultanan Melayu Melaka. Ketika zaman kegemilangan Kesultanan Johor Lama, Kesultanan Johor Lama meluaskan empayarnya hingga merangkumi separuh Semenanjung Tanah Melayu, timur Sumatera, Singapura, Bangka, Jambi dan Kepulauan Riau.

Berdasarkan catatan sejarah dalam Hikayat Johor tahun 1849, pada 27 September 1673, Laksamana Johor, Laksamana Tun Abdul Jamil telah diperintahkan oleh Sultan Johor ke-7, Sultan Abdul Jalil Shah III untuk membuka petempatan baru di Sungai Carang, Ulu Riau, yang terletak di Pulau Bintan. Petempatan tersebut kemudian dikenali sebagai Riau Lama. Pada awalnya, Riau Lama berperanan sebagai pelindung Kesultanan Johor Lama tetapi kemudian berkembang menjadi pusat perdagangan dan pelabuhan di Selat Melaka.

Ulu Riau menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Johor Lama ketika zaman pemerintahan Sultan Johor ke-8, Sultan Ibrahim Shah. Baginda telah memindahkan pusat pemerintahannya dari Batu Sawar, Kota Tinggi yang terletak di Johor ke Ulu Riau selepas Batu Sawar diserang oleh Kesultanan Jambi pada 4 Oktober 1722. Riau Lama kemudian menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Johor Lama selama 65 tahun iaitu dari tahun 1722 hingga tahun 1787.

Peranan Pulau Lingga bermula sejak zaman Sultan Johor ke-15, Sultan Mahmud Riayat Shah III. Baginda memindahkan pusat pemerintahannya dari Riau Lama, Ulu Riau, Bintan ke Daik, Lingga pada tahun 1788.

sups brass logon
jata _Riau-Lingga_Sultanate
sultan mahmud riayat shah
sultan mahmud

Sultan Ahmad Riayat Shah ibni Sultan Badrul Alam Shah, kakanda kepada pemangku baginda, Sultan Muhammad Riayat Shah atau Sultan Mahmud Riayat Shah III, kemudian membangunkan Lingga. Baginda melantik Dato’ Kaya Megat sebagai Bendahara Lingga yang baru. Kediaman baru dan jalan dibina serta bangunan dibaiki. Aktiviti perlombongan bijih timah dijalankan di Singkep. Baginda menghidupkan aktiviti perdagangan maritim dengan British di mana bijih timah, gambir dan rempah ratus menjadi barang yang diperdagangkan.

PedraBranca-MapofDominionsofJohore-Hamilton-1727
Sejarah Kedaulatan Warisan Kesultanan Melayu Johor-Riau-Lingga

WARISAN SULTAN ABU BAKAR
Almarhum Sultan Abu Bakar telah menaiki takhta pada tahun 1850an dan berjaya memerintah dengan jayanya sehingga menjelang 1878 pihak Eropah, Turki Osmaniah, British dan Belanda mula mengakui kedaulatan tanah Wilayah Johor Riau Lingga sehingga diperakui sepenuhnya pada tahun 1885.

Sementara pada pembuktian Enakment Kuatkuasa Tanah tahun 1911, Sultan Salahuddin atau lebih dikenali dengan panggilan Raja Lumu, telah sebelumnya berkenan menganugerahkan kepada Sultan Ahmad Riayat Shah dan Raja Mahadi yang merupakan cucunda Sultan Abu Bakar wilayah tanah yang luas meliputi seluruh Jajaran tanah Klang. Ia adalah suatu anugerah atas persaudaraan keturunan Melayu dan Bugis yang menjadi pemerintah.

Tuanku Raja Mahadi adalah anakanda kepada Tuanku Muhammadiah @ Muhammad Diah yang berkahwin dengan Tuanku Puteri Rubiyah dari kalangan waris Diraja Selangor. Baginda Tuanku Raja Mahadi merupakan waris daripada Sultan Abu Bakar Johor yang berkahwin dengan Puteri Rogayah Hanum Anakanda Sultan Abdul Hamid Turki Osmaniah. 

Makanya termaktub bahawa Tuanku Raja Mahadi juga merupakan waris sah kepada Kesultanan Johor-Riau-Lingga hingga ke Jajaran Selangor.

Sementara itu, Moyang kepada Tuanku Raja Mahadi, Sultan Ahmad Riayat Shah dikurniakan Allah dengan kesihatan dan umur yang sangat panjang sehingga menjangkau usia 130 tahun. Menikahi sehingga 20 orang isteri dari kalangan puteri dan anak pembesar serta dikurniakan 80 anak, sehingga dikatakan beliau memiliki zuriat-zuriat hebat mengukuhkan alam Melayu. Anak cucu baginda hampir kesemuanya membawa gelaran Tunku, Tengku, Engku Tua, Daeng dan Mat Daeng. Contohnya Engku Tua, makamnya bersebelahan dengan makam puteranya yang bernama Raja Ali Haji di Pulau Penyengat.

Lantaran itu, ketika zaman kolonial British dan Belanda yang mencarik pecahkan wilayah Johor-Riau_Lingga, mereka juga merencanakan untuk melemah atau menghapuskan kekuatan darah ini dengan mencampur adukkan beberapa watak-watak utama dalam pentadbiran mereka yang mirip persis seumpama gelaran kesultanan Melayu. Antaranya, nama seperti Abdul Rahman Andak, Abdul Rahman Muazam Shah, malah nama Maharaja Abu Bakar, Temenggung Abdul Rahman, adalah nama-nama atas watak jadian Belanda dan British dalam pemerintahan dan persuratan kolonial. Melantik orang-orang tertentu yang tiada dalam senarai waris kedaulatan dan memasyurkan nama mereka mirip seperti waris sebenar dan diwartakan sebagai rasmi. 

Pencerahan Kedaulatan

1. SINGAPURA TIDAK DISERAHKAN

Naratif Barat mendakwa Temenggung Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada Sir Stamford Raffles sekitar tahun 1819-1824 akibat beban hutang Sultan Hussein. Namun, kajian dokumen dan salasilah sebenar menunjukkan sebaliknya. Sultan Mahmud dari Banten  ayahanda Sultan Hussein adalah seorang sultan yang menolak campur tangan kuasa asing, khususnya Belanda, dan tidak merestui pelantikan Raja Abdullah sebagai Yang Dipertuan Muda Riau.
 Adalah dipercayai bahawa Singapura pernah ditebus kembali oleh kerajaan Riau-Lingga daripada pihak Hindia-Belanda, menandakan usaha mempertahankan kedaulatan.

2. IDENTITI TEMENGGUNG ABDUL RAHMAN


Rekod rasmi menyatakan Temenggung Abdul Rahman hidup sezaman dengan Raffles, tetapi salasilah warisan yang dipegang oleh keluarga Raja Abdul Rahman bin Raja Basuk (Taman Marin, Sungai Abong, Muar) menyebut Temenggung Abdul Rahman sebenarnya ialah Wan Abdul Rahman bin Temenggung Saleh (Panglima Perang Saleh / Bentara Luar), lahir 1860 dan wafat 1924. Sir Raffles pula telah meninggal dunia pada tahun 1826.


Dengan itu, besar kemungkinan bahawa individu yang dianggap sebagai "Temenggung Abdul Rahman" dalam perjanjian Singapura bukanlah figura sebenar seperti yang diwar-warkan, dan hal ini menimbulkan persoalan serius tentang kesahihan sejarah rasmi.

3. KEMANGKATAN SULTAN ABU BAKAR DAN UNDANG-UNDANG ISLAM NEGERI JOHOR

Sejarah mencatatkan bahawa Sultan Abu Bakar wafat pada 4 Jun 1895, namun dokumen Undang-Undang Islam Johor mula dilaksanakan September 1895, iaitu selepas tarikh tersebut. Bagaimana seorang sultan yang sudah wafat boleh menandatangani undang-undang negeri? 
 Ini menunjukkan kemungkinan tarikh kemangkatan sebenar telah diselewengkan.

4. TARIKH KEMANGKATAN SULTAN ABU BAKAR

Bukti berupa geran tanah Klang mencatatkan bahawa Baginda Sultan Abu Bakar ibni Mat Daeng mangkat pada Mei 1935. Ini bercanggah dengan catatan rasmi sejarah. Maka, siapakah yang sebenarnya mangkat pada tahun 1895?

Kemungkinan besar terdapat pertukaran identiti, atau maklumat sejarah telah direkayasa untuk menyembunyikan kelangsungan Sultan yang sah.



BUKTI WARISAN YANG MASIH DIMILIKI WARIS SAH KERAJAAN 
TUANKU ALWIE IBNI DYMM TUANKU MAHADI IBNI TUANKU MUHAMMADDIAH IBNI SULTAN ABUBAKAR IBNI SULTAN AHMAD RAIYATSHAH IBNI SULTAN SULAIMAN BADRUL ALAMSHAH

1. Geran Tanah Melaka 1878 (999 tahun)
2. Geran Klang 1911
3. Geran Tanah Johor (dikeluarkan oleh British)
4. Mohor Diraja asal yang masih dalam simpanan

Tuanku Alwie Ibni Tuanku Mahadi menegaskan bahawa banyak tanah dan warisan istana-istana Melayu di Semenanjung adalah bersandarkan geran asal Kesultanan Melaka dan pewarisan Sultan Abu Bakar, iaitu Raja Besar dan Sultan Agong yang sah. Kebenaran ini telah dikaburkan, warisan ini telah dirampas secara senyap, dan sejarah ini telah difitnah.

Our Case Study

Kedaulatan Kesultanan Johor Riau Lingga_1 (2)
Pendaftaran
Kedaulatan Kesultanan Johor Riau Lingga_4 (2)
Perakuan Sumpah
Kedaulatan Kesultanan Johor Riau Lingga_9
Deklarasi